Wednesday, January 14, 2009

deMam pilihanraya kampus

tulisan kali ni pasal pilihan raya kampus pada 15hb Januari akan datang dan ini bermakna tinggal beberapa hari lagi untuk para calon berkempen sepenuh hati dan perasaan bagi meraih hati dan undi warga ukm...(fuh! berjaya juga tuKang tuLis nak berbahasa baku dan bergaya formal memandangkan entri kali ini sangatlah formal tajuknya...hahaha) =p



pada tahun-tahun sebelum ini, tuKang tuLis mengambil sikap tidak ambil tahu/tidak mahu ambil tahu/malas juga mungkin untuk masuk campur dalam berpolitik seperti ini..namun, memandangkan tuKang tuLis sudah hampir menamatkan pengajian, jadi terpaksalah merajinkan diri untuk turut merasai kehangatan berkempen dalam pilihan raya kampus di dewan serbaguna sebentar tadi...

ini antara sedikit janji-janji (manis?) yang diutarakan semasa sesi pembentangan manifesto dari setiap calon yang bertanding..mungkin ada yang tuKang tuLis terlepas dengar, sebab agak kebosanan mendengar hujahan yang panjang berjela mungkin..hehe...
kebanyakan calon mempertaruhkan isu untuk menambahkan hidangan makanan di kafe KTSN 1 dengan penyediaan pakej makanan Cina, Melayu dan India. (x kering tangan la mak cik kafe memasak )..







  • isu lapuk iaitu peningkatan taraf wifi dilakukan dengan meluaskan jaringan ke kolej-kolej luar..
  • Isu keselamatan terutamanya untuk kolej luar yang juga agak lapuk, namun masih sukar dibendung kerana faktor kolej luar sendiri yang berada di tengah-tengah ibukota..
  • Isu penambahan fasiliti seperti 'port' untuk belajar dalam kumpulan, penambahan blok dsb.
  • dan beberapa lagi isu dalaman setiap fakulti juga dibangkitkan..

tapi, satu isu dibangkitkan oleh seorang audien semasa sesi soal jawab berlangsung telah menyebabkan seluruh isi dewan ketawa besar..cadangan yang diberikan supaya saluran ESPN dimasukkan kembali ke siaran televisyen kafe...hailaaa..kalau da kaki bola, sampai majlis pembentangan manifesto pun isu ini dibawa..hihi..

okeyh, cukup setakat ini..tuKang tuLis perlu studi untuk kelas Prof S esok...kena bersiap siaga nak masuk kelas beliau..haih! jiao you2!!

3 comments:

nama yang baik said...

salam..kak khai...hehehe
orang yg cadang pasal channell tu musti dak EvH kan...
had kan...hahaha
mungkin kot...tak pergi pon..hehehe

mYshah said...

aish... kadang2kan khai... si calon2 tu xtahu pon pe die cakap sebenarnye.. sebab tu la bile mng xjadi pe2 pon. lol~

padilchan said...

gosh,,

they listen from 'other'

they remember

&

they repeat!!!

hahaha cam burung kakak tua...

konklusinye

undilah calon CAP AYAM!!!