Thursday, December 25, 2008

al-Quran

sabda Rasulullah s.a.w bermaksud, "bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi." lalu orang bertanya, "wahai rasulullah, bagaimana membersihkannya?"
jawab Rasulullah, "membaca al-Quran dan mengingati mati."
membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran dalam hati yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "tiadalah antara memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran. tidak nabi, tidak malaikat, tidak lainnya." baginda bersabda lagi,"yang terbaik daripada kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya."
amalkan membaca al-Quran pada malam hari terutama malam jumaat dan malam awal, pertengahan dan akhir bulan. seperti yang diriwayatkan, al-Quran itu ada jantungnya seperti manusia yang mempunyai jantung dalam diri. yang dimaksudkan dengan jantung all-Quran ialah surah Yasin.
justeru hikmat membaca Yasin pada malam jumaat, malam ramadhan dan subuh menjelang hari raya adalah terlalu besar serta diampunkan dosanya.
sabda Rasulullah s.a.w maksudnya, "jantung al-Quran adalah surah Yasin." tidaklah dibaca akan dia oleh seorang melainkan mengkehendaki keredhaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampunkan dosanya."
sementara ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi. nabi bersabda maksudnya, "sebesar-besar ayat dalam kitab Allah ialah ayat kursi."
"ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat. jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu." "ayat itu ialah ayat kursi"
(Hadith riwayat at-tirmizi)

0 comments: